Kateter umbilikal berbilang lumen berbanding kateter satu lumen untuk bayi baru lahir

Kateter vena umbilikal (UVC) sering diguna untuk bayi baru lahir Tiub-tiub ini yang dimasukkan ke dalam badan boleh mempunyai satu saluran (lumen) atau boleh mempunyai dua atau tiga saluran (berbilang lumen) Dengan adanya lebih daripada satu saluran, kateter vena umbilikal berbilang lumen (ML-UVC) boleh memberi akses untuk pelbagai tujuan, contohnya, pemberian nutrisi, produk darah, atau ubat-ubatan terapeutik. Adalah logik penggunaan ML-UVC akan mengurangkan keperluan talian vena tambahan, tetapi ini perlu pengesahan.  Komplikasi berkaitan dengan UVC juga perlu pertimbangan. Diameter saluran untuk ML-UVC amnya adalah lebih kecil. Ini boleh meningkatkan risiko tersumbat dan klot darah.  TIga kajian klinikal melibatkan/dilengkapi 113 bayi telah dikenal pasti yang membandingkan kateter dua lumen dengan kateter satu lumen. Tiada di antara kajian-kajian tersebut menggunakan kateter tiga lumen. Ketiga-tiga kajian mendapati penggunaan kateter dua lumen mengurangkan bilangan perletakan vena tambahan yang diperlukan dalam minggu pertama kehidupan.  Walau bagaimanapun, kateter dua lumen lebih kerap tersumbat, bocor dan pecah. Dalam kajian-kajian tersebut, tiada perbezaan signifikan ditemui untuk kesukaran perletakan dan salah letak kateter, jangkitan berkaitan dengan kateter atau klot darah, komplikasi serius yang lain, atau mortaliti bayi. Namun, kualiti kajian adalah lemah, dan saiz sampel adalah terlalu kecil untuk membuat kesimpulan yang sah tentang banyak kadar komplikasi. Kajian-kajian klinikal sedia ada pada masa ini tidak menyediakan asas untuk mencadangkan satu jenis kateter dengan jenis yang lain untuk tujuan ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Julie Yeo (Taylor’s University, Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi julieyeohh@gmail.com

Tools
Information