Kemoterapi yang mengandungi taxane untuk wanita selepas pembedahan untuk kanser payudara awal

Apakah tujuan ulasan ini?

Tujuan ulasan Cochrane ini adalah untuk mengetahui sama ada menambah ubat taxane untuk kemoterapi standard meningkatkan kelangsungan hidup dan selamat untuk wanita dengan kanser payudara awal. Penulis Ulasan Cochrane mengumpul dan menganalisis semua kajian yang relevan untuk menjawab soalan ini dan mendapati 29 kajian.

Mesej-mesej utama

Menambah ubat taxane pada kemoterapi standard menambahbaik kelangsungan hidup (wanita hidup lebih lama) dan mengurangkan kemungkinan kanser yang kembali dengan kanser payudara awal, tetapi penggunaan taxane mungkin menyebabkan peningkatan risiko beberapa kesan sampingan seperti neutrofil demam (kiraan sel darah putih rendah dengan demam) dan neuropati (kerosakan pada saraf).

Apakah yang dikaji dalam ulasan ini?

Kanser payudara awal adalah kanser yang tidak merebak di luar payudara atau nodus limfa yang berdekatan. Ia boleh dirawat dengan pembedahan sahaja, tetapi ada risiko bahawa selepas pembedahan kanser payudara mungkin kembali. Kemoterapi dan radioterapi diperlukan selepas pembedahan untuk mencapai penyembuhan.

Gabungan ubat kemoterapi, bukannya satu ubat dengan sendirinya, biasanya digunakan untuk merawat kanser payudara awal.

Satu ketegori ubat kemoterapi yang biasa digunakan ialah taxanes. Tindakan taxanes dengan menindas proses selular yang diperlukan untuk membahagikan sel. Tindakan ini menyebabkan sel-sel kanser berhenti membahagikan dan melambatkan pertumbuhan kanser atau membunuh sel-sel. Dua ubat taxane utama yang sedia ada - paclitaxel dan docetaxel.

Amalan menambahkan taxanes ke kemoterapi standard telah meningkat sejak 10 tahun yang lepas kerana data dari kajian klinikal telah tersedia. Terdapat keperluan untuk mengkaji semula data ini untuk mengetahui manfaat ubat-ubatan ini, sebarang kesan sampingan ubat, dan cara rawatan menjejaskan kesejahteraan keseluruhan wanita (kualiti hidup).

Apakah keputusan utama ulasan ini?

Penulis ulasan mendapati 29 kajian yang berkaitan yang melibatkan 41,911 wanita. Kajian ini membandingkan kemoterapi yang mengandungi taxane terhadap kemoterapi yang tidak mengandungi taxane. Sekitar separuh daripada kajian menggunakan paclitaxel, dan separuh lagi menggunakan docetaxel. Keputusan sama ada menggunakan paclitaxel atau docetaxel secara amnya berdasarkan pada ketersediaan ubat-ubatan ini di hospital. Penyelidik memberikan ubat ini melalui suntikan ke dalam urat.

Kesihatan wanita tersebut dipantau selama sekurang-kurangnya 12 bulan dari permulaan kajian. Sesetengah kajian memantau wanita selama 10 tahun.

Penulis ulasan mendapati bahawa menambahkan ubat taxane ke kemoterapi:

• meningkatkan kelangsungan hidup dan mengurangkan risiko kanser yang datang kembali berbanding kemoterapi tanpa taxane;

• mungkin membawa kepada peningkatan peluang beberapa kesan sampingan berbanding dengan kemoterapi tanpa taxane. Kesan sampingan yang lebih cenderung berlaku disebabkan oleh taxane adalah neutropenia demam (kiraan sel darah putih yang rendah dengan demam) dan neuropati (kerosakan pada saraf);

• mungkin membuat sedikit perbezaan fungsi jantung berbanding dengan kemoterapi tanpa taxane; dan

• Boleh membuat sedikit perbezaan dalam kualiti hidup untuk wanita berbanding dengan kemoterapi tanpa taxane. Tujuh daripada 29 kajian memberikan maklumat tentang kualiti hidup wanita.

Terdapat maklumat yang sangat sedikit pada kos menambah taxane untuk kemoterapi; hanya satu kajian, yang dijalankan di Eropah, melaporkan data keberkesanan kos.

Adakah ulasan ini terkini?

Penulis ulasan mencari kajian-kajian yang diterbitkan sehingga Julai 2018.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Hospital Serdang). Disunting oleh Mohd shaharudin Shah Che Hamzah (USM). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@hotmail.com

Tools
Information