Pil minyak evening primrose dan minyak borage untuk ekzema

Ekzema adalah masalah kegatalan dan kemerahan kulit dimana ia mempengaruhi 20% dikalangan manusia di seluruh dunia pada suatu masa dalam hidup mereka. Walaupun ia dapat menghilang seiring meningkatnya usia, namun masih belum ada rawatannya. Ramai kanak-kanak sembuh daripada masalah ini ketika mereka mencapai usia sekolah menengah. Kegatalan yang berterusan menyebabkan gangguan dalam kehidupan bagi mereka yang mengalami masalah ini, tanpa mengira usia mereka.

Rawatan perubatan konvensional memberikan kehidupan yang lebih baik kepada manusia; namun, sebilangan manusia yang tidak melihat perubahan ekzema yang lebih baik atau takut akan kesan sampingan dari produk perubatan konvensional, beralih kepada rawatan alternatif dari perubatan konvensional. Ulasan ini melibatkan dua produk: minyak evening primrose (EPO) dan minyak borage (BO) yang dimakan, yang dianggap mempunyai manfaat terhadap ekzema.

Kami telah melibatkan 27 kajian, dengan 1596 orang dewasa dan kanak-kanak dari 12 negara. Dari jumlah tersebut, 19 kajian membandingkan EPO dengan rawatan plasebo (tiada pemberian rawatan), dan 8 kajian membandingkan BO dengan plasebo. Kami melihat bukti peningkatan secara keseluruhan dalam ekzema dan kualiti hidup. Kesemua 27 kajian menunjukkan peningkatan secara menyeluruh dalam ekzema, tetapi hanya 2 kajian EPO yang melihat peningkatan dalam kualiti hidup. Statistik menunjukkan tiada kelebihan yang signifikan yang ditunjukkan samada EPO ataupun BO berbanding plasebo. Kesimpulannya, kami tidak menemui bukti bahawa ekzema akan bertambah baik dengan mengambil produk ini berbanding dengan mengambil plasebo.

Terdapat beberapa bukti kesan sampingan ringan dan bersifat sementara bagi peserta yang mengambil samada produk ataupun plasebo, yang ringan terutamanya, antaranya seperti sakit kepala sementara dan sakit perut atau cirit-birit. Dengan EPO terdapat kesan antikoagulan (pencairan darah) semasa mengambil produk ini. Terdapat amaran berkaitan ubat pencairan darah warfarin (Coumadin®) bahawa pengambilan EPO dapat meningkatkan pendarahan. Satu laporan memberi amaran bahawa jika EPO diambil untuk jangka waktu yang lama (lebih dari satu tahun), terdapat potensi risiko peradangan, trombosis, dan imunosupresi kerana pengumpulan EPO secara perlahan di tisu. Laporan lain mengatakan ada satu kes di mana EPO dianggap menyebabkan bahaya. Kami tidak menemui bukti klinikal bahaya seperti itu dalam kajian jangka pendek ini.

Kajian sistematik ini tidak menunjukkan bukti samada BO ataupun EPO berkesan dalam rawatan ekzema. Kedua-dua produk ini dan plasebo yang digunakan dalam kajian mempunyai kesan sampingan yang ringan dan sementara yang sama, iaitu saluran pemakanan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Mohamad Masykurin Mafauzy (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information
Share/Save