Penjagaan jururawat pakar untuk bronkiekstasis

Latar belakang

Brokiekstasis adalah penyakit jangka masa panjang Simptom utama adalah batuk yang menghasilkan kahak yang menyebabkan jangkitan paru-paru berulang. Apabila penyakit tersebut menjadi teruk, orang akan mengalami kualiti hidup yang teruk dan akhirnya boleh menyebabkan kegagalan pernafasan - keadaan di mana tubuh badan tidak mampu mengawal tahap oksigen dan karbon dioksida dengan betul.

Soalan ulasan

Kami ingin tahu sama ada jururawat mampu menguruskan penjagaan orang dengan bronkiekstasis sebaik para doktor. Kami mencari kajian rawak terkawal yang membandingkan penjagaan oleh jururawat dengan penjagaan oleh doktor.

Ciri- ciri kajian

Kami mendapati satu kajian daripada United Kingdom melibatkan 80 orang dengan bronkiekstasis. Kajian ini telah lengkap pada 2002, apabila pengurusan bronkiekstasis berbeza dengan hari ini. Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan: Sekumpulan pesakit luar di pantau selama 12 bulan di bawah penjagaan jururawat pakar dan kumpulan yang satu lagi di bawah penjagaan doktor. Selepas 12 bulan, para peserta bertukar kumpulan.

Keputusan-keputusan utama

Kami dapati tiada perbezaan yang ketara di antara penjagaan oleh jururawat dan penjagaan doktor dari segi fungsi paru-paru, jangkitan memberang (eksaserbasi), atau kualiti hidup. Pada tahun pertama kajian, kami dapati peningkatan kos bagi penjagaan oleh jururawat dengan lebih banyak kemasukan ke hospital dan lebih banyak penggunaan suntikan antibiotik .

Kepastian bukti

Kepastian bukti daripada satu kajian yang dirmasukkan adalah memuaskan, memandangkan reka bentuk kajian membolehkan para peserta tahu kumpulan mereka.

Kesimpulan

Lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk menentukan bagaimana jururawat pakar berbanding doktor menyediakan rawatan yang selamat dan berkesan untuk pesakit dengan bronkektasis stabil.

Ringkasan bahasa biasa Cochrane ini adalah terkini sehingga Mac 2018.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Firdaus Farhani binti Abu Bakar (Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia. Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan sila hubungi firdaus.farhani@usm.my.

Tools
Information
Share/Save