Teknik pembedahan untuk pembuangan gigi geraham bongsu mandibel

Soalan ulasan

Ulasan ini telah dihasilkan bagi menilai faedah-faedah dan kemudaratan-kemudaratan pelbagai teknik pembedahan yang digunakan untuk pembuangan gigi geraham bongsu rahang bawah bagi mengurangkan komplikasi selepas pembedahan. Risiko-risiko pembedahan dalam ulasan ini meliputi: sakit selepas pembedahan, bengkak, jangkitan, pembukaan mulut yang terhad (trismus), kerosakan saraf yang membekalkan deria rasa kepada lidah dan kulit sekitar bibir bawah dan dagu (kerosakan saraf lingual dan saraf alveolar inferior) dan kepatahan rahang.

Latarbelakang

Pembuangan gigi geraham bongsu rahang bawah adalah pembedahan yang paling lazim dalam pembedahan pergigian.Pelbagai kaedah telah dibangunkan bagi membolehkan prosedur tersebut dijalankan dengan jayanya. Adalah penting untuk menilai bukti terbaik mengenai kaedah-kaedah tersebut agar risiko-risiko dan komplikasi-komplikasi yang berkaitan dengan pembedahan tersebut dapat dikurangkan dan pengalaman pesakit dapat ditambah baik.

Ciri-ciri kajian

Kumpulan Kesihatan Oral Cochrane telah membuat ulasan ini dengan berdasarkan bukti terkini pada 21 Mac 2014.Tiga-puluh lima kajian dengan penglibatan 2569 peserta tetapi kualiti kajian-kajian ini tidaklah unggul dan tidak mungkin membuatkan pakar-pakar bedah mengubah amalan mereka.

Keputusan-keputusan utama

Sedikit perubahan kepada posisi bedah ke dalam gusi boleh mengurangkan soket kering dan sakit selepas pembedahan.

Alat pembedahan khas boleh diletakkan untuk melindungi kerosakan saraf, namun tidak terdapat sebarang kajian yang berkualiti bagus untuk menunjukkan bahawa ia mengurangan kecederaan kekal pada saraf dan kehilangan atau perubahan pada deria rasa.

-Sesetengah pakar bedah akan hanya membuang bahagaian atas gigi geraham bongsu dan meninggalkan akar gigi berhampiran dengan saraf di dalam rahang (yang membekal deria rasa kepada bibir bawah dan kulit dagu). Walaupun ia seolah-olah dapat mengurangkan risiko kecederaan saraf, kedua-dua kajian mempunyai data yang tidak menyakinkan untuk membuktikan ini.Walaubagaimanapun, mereka mendapati pergerakan lewat akar dalam 13% hingga 24% pesakit-pesakit dalam tempoh dua tahun.

Kualiti bukti

Kualiti 35 kajian yang dilibatkan adalah berbeza-beza. Tiada kajian yang dinilai mempunyai risiko bias yang rendah dalam semua bahagian, oleh itu ia tidak mungkin membuat pakar-pakar bedah mengubah amalan mereka. Tiada kajian yang dinilai mempunyai risiko bias yang rendah dalam semua bahagian, oleh itu ia tidak mungkin membuat pakar-pakar bedah mengubah amalan mereka.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Melaka-Manipal Medical College) Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia) Untuk pertanyaan tentang terjemahan ini,sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my.

Tools
Information
Share/Save