Adakah terapi statin meningkatkan kemandirian atau mengurangkan risiko penyakit jantung dalam pesakit-pesakit dialisis?

Orang dewasa dengan penyakit buah pinggang yang serius yang dirawat dengan dialisis mempunyai risiko tinggi mendapat penyakit jantung. Rawatan statin boleh mengurangkan risiko kematian dan komplikasi penyakit jantung dalam populasi umum.

Pada tahun 2009 kami mengenalpasti 14 kajian, yang mendaftar 2086 pesakit, dan mendapati bahawa statin secara amnya adalah selamat dan boleh mengurangkan tahap kolesterol, tetapi statin tidak mencegah kematian atau peristiwa jantung klinikal dalam orang yang dirawat dengan dialisis. Kemaskini terakhir ini menganalisa sebanyak 25 kajian (8289 pesakit), dan melibatkan hasil daripada dua kajian besar yang baru. Kami mendapati bahawa statin mengurangkan tahap kolesterol dalam pesakit-pesakit yang dirawat dengan dialisis tetapi tidak mencegah kematian, serangan jantung atau strok.

Bukti untuk kesan-kesan sampingan adalah tidak lengkap, dan kemudaratan yang berpotensi daripada terapi statin masih tidak pasti. Data daripada kajian semasa tidak menyatakan sama ada rawatan statin perlu dihentikan apabila seseorang mula menjalani dialisis, walaupun faedah yang berkaitan dengan rawatan yang berterusan mungkin adalah kecil. Terdapat maklumat terhad untuk orang-orang yang dirawat dengan dialisis peritoneal, mencadangkan bahawa lebih banyak penyelidikan adalah diperlukan dalam persekitaran ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Teoh Ru Jian Jonathan (Penang Medical College). Disunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi jonathanteoh_c2017@ms.pmc.edu.my

Tools
Information
Share/Save