Senaman untuk sakit leher

Soalan ulasan

Kami mengulaskan bukti mengenai kesan terapi senaman pada kesakitan, kurang upaya, kepuasan pesakit, dan kualiti hidup di kalangan orang-orang yang sakit leher.

Latar belakang

Sakit leher adalah biasa; ia boleh menghadkan keupayaan seseorang untuk menyertai aktiviti-aktiviti normal dan rawatannya melibatkan kos yang tinggi. Terapi senaman adalah satu rawatan yang digunakan secara meluas untuk sakit leher. Ulasan ini termasuk senaman aktif (termasuk senaman khusus leher dan bahu, regangan, pengukuhan, postur, pernafasan, kognitif , fungsian, 'eye-fixation' dan senaman 'proprioception') yang ditetapkan atau dilaksanakan untuk rawatan sakit leher. Kajian-kajian di mana terapi senaman telah diberikan sebagai sebahagian daripada rawatan pelbagai disiplin, rawatan multimodal (bersama-sama dengan rawatan lain seperti manipulasi atau ultrasound), atau senaman yang memerlukan aplikasi oleh individu yang terlatih (seperti teknik memegang-berehat ("hold-relax"), penstabilan ritmik, dan teknik pasif ) telah dikecualikan.

Ciri-ciri Kajian

Bukti adalah terkini sehingga Mei 2014. Kami mendapati 27 kajian-kajian (dengan sejumlah 2485 orang peserta) yang memeriksa samada senaman dapat menolong mengurangkan sakit leher dan kurang upaya; meningkatkan fungsi, kesan penerimaan global, kepuasan pesakit dan/atau kualiti hidup. Dalam kajian-kajian ini, senaman dibandingkan dengan sama ada rawatan plasebo, atau tiada rawatan (senarai menunggu), atau senaman digabungkan dengan intervensi yang lain dan telah dibandingkan dengan intervensi yang sama (yang boleh termasuk manipulasi, pendidikan/nasihat , akupunktur, urut, haba atau ubat-ubatan). Dua puluh empat daripada 27 kajian menilai sakit leher melaporkan tentang tempoh gangguan: 1 akut; 1 akut kepada kronik; 1 subakut; 4 subakut/kronik; dan 16 kronik. Satu kajian melaporkan tentang gangguan leher dengan akut radikulopati; dua kajian menyiasatkan tentang subakut kepada sakit kepala servikogenik kronik.

Keputusan Utama

Hasil kajian menunjukkan bahawa senaman adalah selamat, dengan kesan sampingan sementara dan tidak berbahaya, walaupun lebih separuh daripada kajian tidak melaporkan kesan sampingan. Satu sistem klasifikasi senaman telah digunakan untuk memastikan persamaan antara protokol apabila melihat kesan pelbagai jenis senaman.Sesetengah jenis senaman memang menunjukkan satu kelebihan atas kelompok perbandingan yang lain.Nampaknya ada peranan untuk mengukuhkan latihan dalam rawatan sakit leher kronik, sakit kepala servikogenik dan radikulopati serviks jika senaman ini tertumpu pada leher, bahu dan tulang belikat.Tambahan pula, penggunaan senaman-senaman pengukuhan, menggabungkan dengan ketahanan atau senaman regangan juga ditunjukkan bermanfaat.Terdapat beberapa bukti mencadangkan kesan baik senaman khusus (contohnya mengekalkan luncuran apophyseal semula jadi) dengan sakit kepala servikogenik dan senaman kesedaran (contohnya Qigong) untuk sakit leher mekanikal kronik.Nampaknya ada kesan minimum ke atas sakit leher dan fungsi apabila hanya regangan atau senaman jenis ketahanan digunakan untuk leher, bahu dan tulang belikat.

Kualiti bukti

Tiada bukti berkualiti tinggi telah ditemui, menunjukkan bahawa masih terdapat ketidakpastian mengenai keberkesanan senaman untuk sakit leher. Penyelidikan pada masa hadapan mungkin mempunyai kesan penting terhadap anggaran kesan. Terdapat beberapa cabaran dengan ulasan ini; sebagai contohnya, bilangan peserta dalam kebanyakan kajian adalah sedikit, lebih daripada separuh kajian yang disertakan di dalam ulasan ini adalah sama ada kualiti rendah atau sangat rendah dan terdapat bukti yang terhad terhadap dos optimum yang diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Sivasangari Subramaniam (Pusat Penyelidikan Klinikal, Hospital Pulau Pinang).Disunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan tentang terjemahan ini, sila hubungi sivasangari@yahoo.com.my

Tools
Information