Tiada bukti keberkesanan asid lipoik alfa untuk demensia

Asid lipoik alfa (ALA) adalah salah satu daripada sejumlah antioksidan kuat yang mana peranan terapeutik yang berpotensi dalam demensia telah dipostulat. Cadangan ini timbul dari kemungkinan proses oksidatif dan radang menyumbang kepada neurodegenerasi penyakit Alzheimer. Walaupun ALA telah digunakan sebagai sebahagian rawatan untuk pelbagai gangguan neurologi, tiada kajian rawak yang dikawal oleh plasebo telah dijalankan untuk digunakan dalam demensia degeneratif. ALA untuk rawatan demensia untuk sebarang sub-jenis tidak boleh disyorkan pada masa ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com Untuk sebarang pertanyaan berkaitan suntingan ini, sila hubungi hayatikk@usm.my

Tools
Information