Kortikosteroid sedutan untuk merawat batuk kronik tidak spesifik dalam kalangan kanak-kanak

Batuk berterusan pada zaman kanak-kanak adalah masalah lazim yang kadangkala keliru dengan asma. Ulasan ini mempersoalkan kesesuaian amalan lazim menggunakan kortikosteroid sedutan dalam rawatan kanak-kanak dengan batuk dan tanpa sebarang bukti asma atau sebarang keadaan kronik dada lain. Ulasan mendapati bahawa pada masa ini tiada bukti yang baik untuk menunjukkan rawatan dengan dos standard kortikosteroid sedutan bermanfaat.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save