Senaman untuk wanita hamil yang mempunyai diabetes

Maklumat tidak mencukupi untuk mengesyorkan atau memberi nasihat kepada wanita hamil yang mempunyai diabetes untuk mendaftar dalam program senaman.

Senaman telah dicadangkan untuk meningkatkan kawalan gula dalam darah dalam kalangan wanita hamil yang menghidapi diabetes. Empat ujian kecil yang melibatkan 114 wanita hamil telah dinilai dalam intervensi ini. Tiada yang melibatkan wanita hamil yang menghidapi diabetes jenis 1 atau jenis 2. Tiada bukti yang mencukupi untuk mengesyorkan, atau memberi nasihat terhadap wanita hamil yang mempunyai diabetes untuk mendaftar dalam program senaman. Penyelidikan lanjut dengan lebih ramai peserta kajian diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Ng Chia Shyn (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Ng.ChiaShyn@student.imu.edu.my.

Tools
Information