Terapi pasangan untuk depresi

Mengapakah ulasan ini penting?

Depresi merupakan penyakit mental biasa yang dicirikan oleh kesedihan, kehilangan keseronokan dalam kebanyakan aktiviti, perasaan tidak bernilai atau perasaan bersalah, pemikiran tentang kematian atau bunuh diri. Terapi pasangan dicadangkan sebagai rawatan untuk pasangan dengan satu daripada pasangan yang mengalami depresi atas dasar kaitan antara simptom depresi dan kesusahan hubungan, peranan faktor negatif berkaitan dalam permulaan dan pengekalan depresi, dan kesan penimbalan atas keintiman dan sokongan individu. Terapi pasangan berkesan dengan mengubah corak interaksi negatif dan meningkatkan aspek sokongan dalam hubungan bersama. Ia adalah penting untuk mengetahui sama ada terapi pasangan boleh membantu pesakit dengan depresi.

Siapakah yang akan berminat dengan ulasan ini?

Ulasan ini akan menjadi kegemaran pesakit dengan depresi, pasangan mereka, dan orang yang terlibat dalam penjagaan mereka.

Apakah soalan yang cuba dijawab oleh ulasan ini?

Ulasan ini bertujuan untuk menilai bukti mengenai kesan terapi pasangan terhadap pasangan yang salah seorangnya mengalami depresi.

Kajian mana yang telah dimasukkan ke dalam ulasan ini?

Kami membandingkan kajian terapi pasangan yang diberikan dalam persekitaran pesakit luar dengan pasangan di mana satu pasangan mempunyai diagnosis klinikal penyakit depresi. Kami memasukkan 14 kajian dengan 651 peserta. 13 daripada kajian adalah kajian rawak terkawal, di mana peserta dibahagikan dengan peluang sahaja kepada kumpulan rawatan terapi pasangan atau penjagaan lazim. Namun demikian, satu kajian tidak dirambangkan dengan sepenuhnya akibat kewujudan ahli terapi.

Apakah maklumat yang diperolehi daripada bukti ulasan ini?

Bukti berkualiti rendah mencadangkan bahawa terapi pasangan adalah sama berkesan dengan psikoterapi individu dalam menambahbaikkan kesan depresi. Pesakit dengan depresi mungkin berkeadaan lebih baik apabila menerima terapi pasangan berbanding dengan tiada rawatan, tetapi kami tidak pasti tentang kesan ini akibat kualiti kajian yang sangat rendah. Berbanding dengan rawatan dengan ubatan antidepresi, data yang sedia ada sangat terhad Walaupun data mengenai beberapa peninggalan kajian menyokong terapi pasangan, data yang berkualiti sangat rendah melemahkan pencarian ini dengan serius. Perbandingan antara terapi tambah ubatan antidepresi dengan antidepresi sahaja menunjukkan tiada perbezaan dalam tahap simptom depresi, tetapi keputusan hanyalah berdasarkan kepada dua kajian kecil. Terapi pasangan adalah lebih berkesan dalam mengurangkan kesusahan hubungan daripada psikoterapi individu dan kesan ini dikuatkan apabila pasangan bermasalah dipertimbangkan secara berasingan. Namun, keputusan ini haruslah dipertimbangkan dengan berwaspada, akibat kualiti kajian yang sangat rendah. Kebanyakan kajian dijejaskan oleh saiz sampel kecil, perwakilan sampel yang tidak jelas, kehilangan peserta pada lawatan susulan, dan ketidaktelusan penyelidik. Lebih lagi, beberapa rawatan susulan hanya berlaku selepas 6 bulan selepas rawatan. Hanya satu kajian menguji sama ada penambahbaikan dalam hubungan pasangan membawa kepada penambahbaikan dalam depresi, mencari bukti sokongan untuknya. Namun, sampel kajian tersebut yang kecil dan kekurangan kajian lain yang menyiasat hipotesis ini bermakna kami tidak mampu menguji dalam ulasan ini jika pencarian ini disokong. Walaupun ia susah untuk membuat kesimpulan dengan sebarang keyakinan mengenai perbezaan antara terapi pasangan dan rawatan lain untuk depresi, kemungkinan untuk menambahbaik hubungan pasangan mungkin menyokong pilihan tersebut apabila masalah hubungan adalah masalah besar.

Apa yang sepatutnya berlaku selepas ini?

Kami memerlukan kajian berkualiti tinggi, menguji sampel dengan rawatan susulan panjang mengenai kesan terapi pasangan berbanding dengan intervensi lain, terutamanya pasangan bermasalah.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khoo Jing Hern (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Mohd Shaharudin Shah Che Hamzah (USM). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi khoojinghern@hotmail.com.

Tools
Information