Tiada bukti manfaat tentang ibuprofen untuk rawatan penyakit Alzheimer

Terdapat peningkatan minat dalam ubat antikeradangan bukan steroid (NSAID) untuk rawatan penyakit Alzheimer (AD). Tinjauan epidemiologi yang meluas mencadangkan prevalen gangguan kognitif yang rendah dalam kalangan pesakit yang menerima rawatan jangka panjang dengan NSAID. Kajian haiwan dan kultur sel kajian telah menghasilkan bukti bahawa proses keradangan mungkin terlibat dalam patogenesis AD. Keputusannya, agen-agen seperti ibuprofen telah dicadangkan untuk rawatan dalam kalangan orang dengan AD. Walaupun ibuprofen diterima baik secara keseluruhan daripada sesetengah NSAID lain, seperti indomethacin, tiada kajian rawak terkawal yang menyiasat keberkesanan ubat ini untuk rawatan orang dengan AD diterbitkan. Satu kajian tentang perkara ini sedang dijalankan. Penggunaan ibuprofen untuk rawatan AD tidak boleh disyorkan pada masa ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save