Suntikan glukokortikoid untuk kesakitan bahu

Suntikan glukokortikoid boleh memberikan faedah terhad untuk kesakitan bahu bagi jangka masa pendek .

Bukti yang sedia ada daripada ujian rawak terkawal menyokong penggunaan suntikan kortikosteroid subakromial untuk penyakit kaf rotator. Walaubagaimanapun kesannya mungkin kecil dan sementara serta ia mungkin tidak lebih bagus daripada ubat anti-radang bukan steroid. Suntikan steroid intra-artikular mungkin membawa manfaat jangka pendek dan terhad untuk pelekat capsulitis. Lebih ujian diperlukan bagi menyiasat keberkesanan suntikan kortikosteroid untuk bahu sakit. Isu-isu penting yang memerlukan lebih penjelasan adalah sama ada ketepatan penempatan jarum, kedudukan anatomi, kekerapan, dos dan jenis kortikosteroid mempengaruhi keberkesanan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Ng Chia Shyn (International Medical University). Disunting oleh Azlan Husin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Ng.ChiaShyn@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save