Steroid untuk menambahbaik pemulihan selepas tonsilektomi dalam kalangan kanak-kanak

Selepas kanak-kanak menjalani tonsilektomi atau adenotonsilektomi (pembedahan membuang adenoid dan/atau tonsil), sakit, loya, muntah dan sukar untuk makan adalah lazim. Kadang-kadang ubat kortikosteroid dexamethasone diberi dalam dos tunggal intravena (melalui salur vena) semasa pembedahan bagi mengelakkan muntah selepas pembedahan. Kami memasukkan 19 kajian rawak terkawal dalam ulasan ini, dengan jumlah 1756 pesakit. Ulasan kajian mendapati satu dos corticosteroid semasa tonsilektomi atau adenotonsilektomi boleh mencegah muntah dalam satu daripada setiap lima orang kanak-kanak yang mendapat ubat tersebut. Kanak-kanak juga dapat kembali kepada diet normal lebih cepat dan mereka rasa kurang sakit selepas pembedahan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Irfan Mohamad (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk pertanyaan tentang terjemahan ini, sila hubungi irfankb@usm.my

Tools
Information