Kesan imunosupresif ubat azathioprine (AZA) yang diguna secara meluas dalam sklerosis multipel (MS) sebelum rawatan dengan interferon atau glatiramer acetate

AZA adalah satu alternatif kepada interferon beta untuk merawat MS. Oleh kerana timbul kebimbangan keselamatannya, terutamanya kemungkinan peningkatan risiko kanser, para penulis ulasan ini cuba menilai keseimbangan di antara manfaat dan kemudaratan rawatan AZA untuk MS.
Antara kesusasteraan perubatan yang berkaitan, hanya lima kajian memenuhi kriteria kualiti metodologi yang diperlukan untuk dimasukkan dalam ulasan ini, terdiri daripada sejumlah 698 peserta, dengan susulan pada satu, dua dan tiga tahun.
Dengan mengambil kira progressi hilang upaya dan bilangan relaps, penulis mendapat bukti bahawa AZA mengurangkan bilangan pesakit yang relaps semasa menerima rawatan pada tahun pertama, dan pada susulan dua dan juga tiga tahun. Rawatan AZA juga mengurangkan bilangan pesakit yang telah progressi semasa terapi dua hingga tiga tahun pertama.
Kesan-kesan buruk seperti gangguan gastrousus, supresi sum-sum tulang dan ketoksikan hepatik kerap berlaku; tetapi kejadian tersebut telah diketahui dan dijangka, maka agak mudah diuruskan: penarikan diri akibat kesan-kesan buruk adalah kecil, terutamanya disebabkan oleh ketaktoleransi gastrousus.
Dua kajian telah melaporkan kematian, yang terdiri daripada empat orang di dalam kumpulan kawalan, dan lapan dalam kumpulan AZA. Bilangan yang kecil ini tidak membolehkan analisis statistik.
Kesimpulan yang bercanggah mengenai potensi risiko kanser dalam kalangan pesakit MS dengan rawatan AZA jangka panjang telah dilaporkan dalam lapan kertas yang diterbitkan, tidak diambil kira dalam ulasan ini kerana ia adalah dari sumber selain daripada kajian klinikal. Pesakit-pesakit yang mendapat kanser (tiga dalam kumpulan AZA dan 1 dalam kumpulan plasebo) dilaporkan dalam dua daripada lima kajian yang diambil kira dalam ulasan ini. Terdapat banyak juga kajian-kajian melibatkan populasi pesakit yang telah dirawat dengan AZA selain pesakit-pesakit MS. Walau bagaimanapun, data keseluruhan tidak menunjukkan peningkatan risiko kemalignanan dari AZA. Kemungkinan risiko jangka panjang mungkin dikaitkan dengan tempoh rawatan melebihi sepuluh tahun dan dos terkumpul melebihi 600 g.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information
Share/Save