Methyldopa mengurangkan tekanan darah dalam kalangan mereka bertekanan darah tinggi

Methyldopa merupakan satu ubat yang telah digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi sejak tahun 1960-an. Walaupun terdapat kepercayaan bahawa methyldopa mengurangkan tekanan darah, namun terdapat kebimbangan tentang potensi ubat ini menyebabkan kesan-kesan buruk. Ulasan ini bertujuan untuk mengenalpasti setakat mana methyldopa mengurangkan tekanan darah, keadaan profil kesan buruk methyldopa, dan juga untuk menentukan kesan klinikal penggunaannya untuk hipertensi. Carian mendapati 12 kajian dengan sejumlah 595 pesakit yang telah dirawak sama ada kepada kumpulan rawatan methyldopa (296 pesakit) atau kumpulna rawatan plasebo (299 pesakit). Dos harian methyldopa yang digunakan dalam kajian-kajian ini dalam julat 500-2250 mg setiap hari. Dos harian yang paling biasa dikaji adalah 750 mg setiap hari. Kebanyakan kajian menyusuli pesakit selama empat hingga enam minggu rawatan. Tiada kajian yang melaporkan kesan klinikal methyldopa (contohnya jika methyldopa mengurangkan risiko strok berbanding dengan plasebo). Laporan keseluruhan kesan-kesan buruk adalah tidak memuaskan, oleh itu tiada kesimpulan yang boleh dibuat tentang profil kesan buruk. Metaanalis ini menunjukkan methyldopa mengurangkan tekanan darah sistolik/diastolik sebanyak lebihkurang 13/8mmHg berbanding dengan plasebo.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Julie Yeo (Taylor’s University, Malaysia). Disunting oleh Ahmad Filza Ismail (afilza@sm.my). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi julieyeohh@gmail.com.

Tools
Information
Share/Save