Suntikan bulking ejen untuk kencing dedas di kalangan wanita

dedas adalah keadaan terkencing secara tidak terkawal apabila batuk, ketawa, bersin atau bersenam. Sejumlah pendapatan golongan wanita dan keluarga mereka perlu digunakan untuk mengurus gejala ini. Biasanya otot dan tisu membentuk satu kusyen menyokong pangkal pundi kencing dan penutup uretra (laluan untuk air kencing meninggalkan tubuh badan). Jika keadaan tersebut tidak berfungsi , kusyen tiruan boleh diwujudkan dengan menyuntik ejen-ejen bulking ke dalam kawasan sekitar uretra tersebut. Ulasan untuk 14 ujikaji, termasuk 2004 wanita mendapati beberapa bukti yang terhad bahawa ini boleh melegakan dedas di kalangan wanita. Rawatan lain seperti pembedahan mungkin lebih baik. Menggunakan tisu lemak wanita sendiri sebagai agen untuk disuntik boleh menyebabkan komplikasi yang serius. Dari segi kos, satu ulasan ringkas ekonomi mencadangkan bahawa suntikan kolagen adalah lebih murah daripada pembedahan apabila digunakan sebagai rawatan pertama atau selepas kegagalan pembedahan awal.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Mohd Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information