Morphine oral untuk sakit kanser

Latar belakang

Morphine yang diambil melalui mulut mampu melegakan kesakitan dengan baik bagi kebanyakan orang dengan sakit kanser sederhana atau teruk.

Seorang dalam dua atau tiga orang yang mendapat kanser akan mengalami sakit yang mempunyai intensiti sederhana atau teruk. Kesakitan akan menjadi lebih buruk apabila kanser merebak. Morphine yang diambil melalui mulut telah digunakan sejak tahun 1950-an untuk mengawal sakit akibat kanser. Pada tahun 1986, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan pengambilan larutan morphine secara oral setiap empat jam. Morphine kini boleh didapati dalam beberapa bentuk persediaan yang boleh melepaskan morphine dalam pelbagai tempoh masa. Morphine 'immediate release' cepat diserap, dan biasanya diambil setiap empat jam. Tablet yang diubahsuai (modified release tablet) melepaskan morphine dengan lebih perlahan agar boleh diambil hanya dua kali sehari atau sekali sehari.

Ciri-ciri kajian

Dalam ulasan ini yang dikemas kini, kami ingin menganggarkan keberkesanan mophine, berapa ramai orang yang mempunyai kesan sampingan, dan bagaimana teruk kesan-kesan sampingan - sebagai contoh, sama ada ia begitu teruk sampai peserta perlu berhenti mengambil morphine oral.

Kami mendapati 62 kajian yang melibatkan 4241 peserta. Kajian sering bersaiz kecil, memandingkan pelbagai persediaan yang berbeza, dan menggunakan kajian yang mempunyai rekaan berbeza. Ini menjadikan ia sukar untuk mengetahui sama ada mana-mana satu tablet atau penyediaan morphine oral adalah lebih baik daripada yang lain. Seolah-olah tiada banyak perbezaan antara mereka.

Keputusan utama

Lebih daripada 9 dalam 10 peserta mengalami kesakitan dari sederhana atau teruk sebelum mengambil morphine sehingga kesakitan yang tidak begitu teruk semasa mengambil morphine. Lebih daripada 6 dalam 10 peserta sangat berpuas hati dengan rawatan morphine, atau menganggap kesan morphine sebagai sangat baik atau cemerlang. Hanya kira-kira 1 orang dalam 20 berhenti mengambil morphine kerana kesan sampingan. Morphine dikaitkan dengan beberapa kesan sampingan terutamanya sembelit, rasa loya dan muntah-muntah.

Kualiti bukti

Pada satu tahap, ini adalah keputusan yang baik. Namun begitu, kualiti kajian umumnya rendah dan kami mengharapkan rekaan kajian yang lebih konsisten terutamanya dalam laporan kajian, yang mesti memasukkan hasil kesakitan dikurangkan ke tahap yang boleh diterima - tidak lebih buruk daripada kesakitan ringan - supaya orang dengan kanser tidak diganggu oleh kesakitan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Ng Chia Shyn (International Medical University). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Ng.ChiaShyn@student.imu.edu.my.

Tools
Information