Pernafasan mekanikal yang lebih sederhana untuk orang dengan kegagalan paru-paru serius

Pesakit kritikal dengan kegagalan respiratori akut serius memerlukan udara dipam ke paru-paru (ventilasi mekanikal) untuk hidup. Sokongan pernafasan mekanikal memberi masa untuk paru-paru sembuh. Walau bagaimanapun, antara 35% dan 65% pesakit mati. Beberapa kajian mendapati pernafasan mekanikal boleh menyebabkan kerosakan paru-paru dan pendarahan. Satu cara perlindungan paru-paru baharu melalui ventilasi mekanikal telah diuji dalam kajian-kajian besar. Di dalam kemas kini ketiga ulasan Cochrane ini kami mencari pangkalan data sehingga September 2012 tetapi tidak mendapati sebarang kajian baharu yang sesuai untuk dimasukkan. Jumlah bilangan kajian-kajian kekal tidak berubah, dengan enam kajian melibatkan 1297 orang. Ulasan sistematik ini menunjukkan penggunaan pernafasan mekanikal yang lebih sederhana (dikenali sebagai ventilasi perlindungan boleh mengurangkan kematian dalam jangka masa pendek dengan purata 26%, tetapi kesan jangka panjang masih tidak jelas.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Muhammad Zaki Hilmi Bin Zainal Abidin (Kementerian Kesihatan Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi muhammadzakihilmi@gmail.com

Tools
Information
Share/Save