Indeks Bispectral (BIS) untuk memperbaiki kesedaran semasa pembedahan dan pemulihan awal selepas pembedahan orang dewasa

Latar belakang

Semasa pembedahan di bawah bius umum, anestetik akan melaraskan jumlah ubat bius untuk memastikan pesakit tidak sedarkan diri. Pelarasan ini dibuat mengikut tanda-tanda klinikal, seperti kadar denyut jantung pesakit atau tekanan darah, atau gas anestetik akhir pasang surut (ETAG) untuk anestetik yang diberikan sebagai gas. Ini adalah ukuran jumlah gas yang tertinggal selepas pesakit bernafas. Walau bagaimanapun, pengunaan kaedah ini boleh meningkatkan peluang untuk pesakit diberi terlalu sedikit atau terlalu banyak anestetik. Kesedaran yang dialami oleh pesakit semasa pembedahan adalah satu peristiwa yang menyedihkan di mana pesakit boleh mencapai kesedaran yang cukup untuk memperingati peristiwa semasa pembedahan. Peristiwa ini jarang berlaku dan mungkin disebabkan oleh terlalu sedikit anestetik. Anestetik yang terlalu banyak boleh menyebabkan masa yang lebih diperlukan untuk mencapai pemulihan penuh. Bispectral index (BIS) adalah skala ukuran berdasarkan aktiviti elektrik di dalam otak. Anestetik memantau aktiviti otak semasa bius dan menggunakan skala ini untuk memberi jumlah bius yang perpatutan kepada pesakit.

Ini adalah kemaskini ulasan yang pernah diterbitkan pada tahun 2014.

Ciri-ciri kajian

Bukti ini adalah terkini sehingga 26 Mac 2019. Kami menemui 52 kajian yang melibatkan 41,331 peserta. Enam kajian sedang menunggu klasifikasi (kerana kurang maklumat untuk penilaian), manakala dua kajian sedang dijalankan. Semua kajian merangkumi pesakit yang mengalami pembedahan di bawah pengunaan bius umum. Tiga kajian melibatkan pesakit yang mengalami risiko kesedaran semasa pembedahan yang tinggi. Dua kajian melibatkan pesakit yang tidak dipilih berdasarkan risiko kesedaran semasa pembedahan yang tinggi. Sebanyak empat puluh lapan kajian membandingkan bius dipandu BIS dengan bius dipandu oleh tanda-tanda klinikal. Enam kajian membandingkan bius dipandu BIS dengan bius dipandu ETAG.

Keputusan-keputusan utama

Kami mendapati bukti kepastian adalah rendah untuk bius dipandu BIS bagi mengurangkan risiko kesedaran ketika pembedahan. Walau bagaimanapun, peristiwa ini jarang berlaku dan hanya lima daripada 27 kajian melaporkan insiden. Apabila bius dipandu BIS digunakan, kami mendapati kurang dari tiga daripada 1000 insiden kesedaran semasa pembedahan berlaku berbanding dengan sembilan daripada 1000 insiden apabila bius dipandu oleh tanda-tanda klinikal digunakan. Tambahan pula, kami mendapati bukti kepastian adalah rendah bahawa BIS boleh meningkatkan pemulihan, iaitu pesakit boleh membuka mata, berorientasi, dan dilepaskan dari unit rawatan pos-anaesthesia dalam masa yang singkat.

Kami mendapati tiada bukti bahawa terdapat perbezaan insiden kesedaraan intraoperative sama ada bius dipandu oleh BIS atau oleh ETAG. Walau bagaimanapun, insiden kesedaran tidak beberapa (1 daripada 1000 setiap kumpulan). Hanya satu kajian membandingkan BIS dengan bius dipandu ETAG yang mengukur masa pemulihan. Bukti kepastian rendah ini menunjukkan bahawa pelepasan pesakit dari unit rawatan postanaesthesia adalah lebih awal jikalau bius adalah berpandukan BIS. Tiada kajian yang membandingkan BIS dengan bius dipandu ETAG mengukur masa untuk membuka mata atau masa untuk berorientasi.

Kepastian bukti

Kami gunakan GRADE untuk menurunkan taraf bukti untuk semua hasil yang rendah kepastian. Insiden kesedaran intraoperative begitu jarang berlaku dan, walaupun kami mendapati beberapa kajian yang besar, kami menyimpulkan bahawa bukti ini tidak tepat. Tambahan pula, kami menganggar banyak kajian ada batasan kerana risiko berat sebelah adalah tinggi atau tidak jelas. Sebagai contoh, semua anestetik sedar mengenai pengunaan BIS memantau tambahan dan kita tidak boleh pasti bagaimana ini menjejaskan amalan standard anestetik.

Tambahan pula, kami menyatakan bahawa ada beberapa kajian tidak melaporkan definisi jelas kesedaran intraoperative. Titik masa pengukuran berbeza, dan kaedah yang digunakan untuk mengenal pasti kesedaran intraoperative juga berbeza. Kami menjangka bahawa ada beberapa alat penilaian yang lebih komprehensif daripada yang lain.

Kesimpulan

Kesedaran intraoperative jarang berlaku. Walaupun sebilangan besar kajian yang layak telah dijumpai, bukti keberkesanan penggunaan BIS untuk panduan kedalaman anestetik adalah tidak tepat. Kami mendapati bukti kepastian rendah bahawa bius dipandu BIS berbanding dengan bius dipandu oleh tanda-tanda klinikal boleh mengurangkan risiko kesedaran intraoperative dan meningkatkan masa pemulihan awal untuk mereka yang mempunyai pembedahan dengan pengunaan bius umum. Kami mendapati tiada bukti perbezaan antara bius dipandu BIS dengan bius dipandu ETAG, dan bukti ini dinilaikan sebagai mempunyai kepastian rendah.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Gurmeet Albail Singh. Disunting oleh Lai Nai Ming (School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information