Pemantauan dan pengurusan kendiri terapi antikoagulasi oral

Latar belakang

Peranti ujian titik penjagaan telah membolehkan orang yang mengguna antikoagulasi oral jangka panjang untuk memantau masa pembekuan darah mereka, diukur sebagai nisbah normal antarabangsa (INR). Pesakit yang uji kendiri boleh menyesuaikan dos ubat mereka mengikut jadual dos-INR yang ditetapkan (pengurusan kendiri) atau mereka boleh menghubungi klinik untuk mendapatkan dos penyesuaian (pemantauan kendiri). Beberapa kajian yang diterbitkan dan ulasan sistematik mencadangkan kaedah pemantauan terapi antikoagulasi mungkin sama atau lebih baik berbanding pemantauan standard oleh doktor.

Ciri-ciri kajian

Ini adalah kemas kini ulasan asal yang diterbitkan pada 2010. Kami membuat carian baharu dan menemui 10 kajian baharu (dengan 4227 peserta) untuk ditambahkan kepada ulasan asal, yang mengubah sesetengah penemuan.

Keputusan utama

Kami menemui 28 kajian rawak melibatkan 8950 peserta yang membandingkan pemantauan kendiri dan pengurusan kendiri dengan pemantauan standard. Kualiti bukti secara am adalah rendah hingga sederhana. Gabungan keputusan 28 kajian menunjukkan separuh peristiwa tromboembolik dengan pemantauan kendiri dan pengurusan kendiri dan tiada pengurangan bilangan perdarahan major. Pengurusan kendiri mempunyai pengurangan yang serupa dalam peristiwa tromboembolik dan mortaliti terhadap manfaat keseluruhan, tanpa kesan kepada perdarahan major. Pemantauan kendiri mengurangkan separuh bilangan perdarahan major yang berlaku tetapi tidak mengurangkan kadar peristiwa trombotik atau mortaliti semua punca dengan signifikan.

Kesimpulan

Kesimpulannya, pemantauan kendiri dan pengurusan kendiri dapat memperbaik kualiti terapi antikoagulan oral, yang menyebabkan kurang peristiwa tromboembolik dan mortaliti lebih rendah, tanpa pengurangan bilangan perdarahan major. Pemantauan kendiri dan pengurusan kendiri adalah tidak mungkin untuk semua pesakit yang memerlukan pengenalpastian dan pendidikan pesakit yang sesuai.

Diterjemah oleh Muhammad Faiz Mohd Adenan (University of New South Wales). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.: 

Diterjemah oleh Wong Chun Hoong (Hospital Sultanah Aminah). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Universiti Manipal Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information