Intervensi untuk mencegah kandidiasis oral dalam kalangan pesakit yang menerima rawatan kanser.

Terdapat bukti kukuh sesetengah ubat antikulat dapat mencegah kandidiasis oral (seriawan) yang disebabkan oleh rawatan kanser, namun nistatin tidak berkesan.
Rawatan kanser boleh menyebabkan jangkitan kulat (seriawan) di dalam mulut. Ia boleh menyebabkan ketakselesaan, sakit, kesukaran untuk makan, tempoh tinggal di hospital lebih lama dan lebih membimbangkan ialah jangkitan sistemik dan risiko kepada nyawa. Pelbagai ubat diguna untuk mencegah keadaan ini. Ulasan ini mendapati terdapat bukti kukuh daripada sebilangan besar kajian bahawa beberapa ubat antikulat (yang diserap dan separa serap ke dalam badan) membantu mencegah jangkitan kulat di dalam mulut) Beberapa ubat yang lazim diguna seperti nistatin, yang tidak diserap ke dalam badan, adalah tidak berkesan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Melaka-Manipal Medical College). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information
Share/Save