Terapi gantian berselang-seli berbanding berbanding terapi gantian berterusan untuk kegagalan buah pinggang akut dalam kalangan orang dewasa

Kegagalan buah pinggang akut (ARF) adalah pengurangan mendadak dalam fungsi buah pinggang dengan kenaikan urea nitrogen darah (BUN) dan kreatinina plasma dan kejatuhan dalam pengeluaran urin. Dalam kebanyakan kes pembetulan puncanya membawa kepada pemulihan, walau bagaimanapun untuk kebanyakan orang beberapa bentuk terapi gantian buah pinggang (RRT - satu rawatan yang mengeluarkan bahan buangan, garam serta lebihan air dari badan) mungkin diperlukan. RRT boleh sama ada berselang seli (IRRT- dilakukan selama kurang daripada 24 jam dalam tempoh 24 jam, dua hingga tujuh kali seminggu) atau berterusan (CRRT- dilakukan secara berterusan tanpa sebarang gangguan sepanjang setiap hari). Adalah dicadangkan bahawa CRRT mempunyai beberapa kelebihan berbanding IRRT termasuk kestabilan hemodinamik yang lebih baik (kawalan tekanan darah dan peredaran darah), memperbaiki kemandirian dan kemungkinan lebih besar untuk pemulihan buah pinggang. Semakan ulasan sistematik kami mengenal pasti 15 kajian rawak dengan 1550 pesakit membandingkan CRRT dengan IRRT. Kami tidak mendapati sebarang perbezaan di antara CRRT dan IRRT dari sudut mortaliti, pemulihan buah pinggang dan risiko episod hemodinamik tak stabil atau hipotensi.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my

Tools
Information