Kakitangan farmasi komuniti terlatih mungkin dapat membantu orang ramai yang berhasrat untuk berhenti merokok

Kakitangan di farmasi komuniti (Kedai ubat) boleh menjadi sumber maklumat dan sokongan bagi orang yang cuba untuk berhenti merokok. Mereka mungkin mempunyai peranan kerana terapi penggantian Nikotin, untuk farmakoterapi pemberhentian yang efektif, adalah tersedia tanpa preskripsi di banyak negara. Orang juga datang ke farmasi dengan preskripsi ubat-ubatan untuk membantu mereka berhenti. Ulasan termasuk dua ujikaji dan mendapati bukti terhad bahawa latihan anggota farmasi untuk menawarkan kaunseling dan rekod yang menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan mereka boleh membantu perokok untuk berhenti.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save