Senaman untuk peningkatan harga diri dalam golongan kanak-kanak dan orang muda

Meningkatkan harga diri mungkin membantu mencegah masalah-masalah psikologi dan tingkah laku yang lazim dalam golongan kanak-kanak dan remaja. Bukti kukuh wujud untuk faedah senaman ke atas kesihatan fizikal, tetapi bukti untuk kesan senaman ke atas kesihatan mental sangatlah sedikit. Ulasan kajian-kajian mencadangkan senaman mempunyai kesan-kesan jangka pendek yang positif ke atas harga diri dalam golongan kanak-kanak dan orang muda, dan menyimpulkan senaman mungkin satu kaedah penting dalam meningkatkan harga diri kanak-kanak. Walau bagaimananpun, para penulis ulasan mendapati kajian-kajian yang dimasukkan dalam ulasan ini adalah berskala rendah, dan menyedari perlunya penyelidikan lanjutan yang bermutu dalam bidang ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my.

Tools
Information