Terapi cara kerja untuk orang dewasa yang mempunyai masalah aktiviti seharian selepas strok.

Soalan ulasan
Apakah kesan terapi cara kerja untuk orang dewasa yang mempunyai strok ke atas aktiviti seharian?

Latar belakang
Bahagian otak yang berlainan menjalankan fungsi yang berlainan: melihat, merasa, imbangan, pergerakan, pemahaman bahasa, tingkah laku, penyelesaian masalah, dan emosi Strok terjadi apabila bekalan darah ke bahagian otak terjejas. Jika bekalan darah terjejas ke bahagian otak yang menjalankan sesuatu fungsi (misalnya melihat, menggerakkan tangan dan kaki, atau bertutur), maka bahagian tubuh atau fungsi tubuh tersebut tidak dapat berlaku berfungsi seperti yang sepatutnya.

Aktiviti hidup harian (ADL) adalah aktiviti harian di rumah yang dijalankan untuk mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan. ADL termasuklah makan, minum, bergerak, pergi ke tandas, kebersihan diri, memakai dan menanggal pakaian, dan hias diri. Apabila strok mengubah fungsi bahagian tubuh, kemampuan untuk menjalankan ADL boleh terjejas.

Bagi orang dewasa yang mengalami strok, matlamat terapi cara kerja adalah untuk memperbaiki kemampuan untuk menjalankan ADL. Startegi yang digunakan oleh ahli terapi cara kerja termasuklah intervensi berasaskan aktiviti, teknik boleh suai, teknologi bantuan dan adaptasi alam sekitar.

1Ciri kajian1Kami mendapati sembilan kajian sehingga Januari 2017, melibatkan 994 peserta, yang melihat manfaat intervensi terapi cara kerja untuk orang dewasa dengan strok yang bermasalah aktiviti hidup harian. Ini adalah kemas kini ulasan Cochrane yang pertama kali terbit pada 2006.

Keputusan utama
Kami mendapati bahawa terapi cara kerja bagi orang-orang dengan strok boleh memperbaiki kemampuan untuk menjalankan aktiviti harian dan menghentikan kemerosotan kemampuan mereka. Kami tidak menjumpai bukti terapi cara kerja dapat mengurangkan kadar kematian atau keperluan penjagaan di institusi, atau mempengaruhi mood atau distres peserta. Kami tidak mengumpul data tentang hasil berkaitan penjaga atau kepuasan peserta dengan perkhidmatan.

Kualiti bukti
hanya terdapat sejumlah kecil kajian yng mengukur hasil yang penting dan kami menilai kualiti buktinya adalah rendah. Kebanyakan kajian tidak melaporkan kaedah yang jelas dan adalah sukar untuk merahsiakan terapi cara kerja dari orang yang memberi atau menerima rawatan; ini mungkin ada pengaruh kepada keputusan kajian. Kami tidak mempunyai cukup bukti yang berkualiti tinggi untuk memastikan keputusan dan tidak juga pasti sama ada kajian akan datang tidak akan mengubah rumusan ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my.

Tools
Information
Share/Save