Bagaimana menambahbaik preskripsi antibiotik oleh pakar perubatan yang bekerja di dalam komuniti.

Antibiotik digunakan untuk merawat jangkitan, seperti pneumonia atau jangkitan telinga, yang disebabkan oleh bakteria. Namun, menjangkau masa, banyak bakteria telah menjadi resistan terhadap antibiotik-antibiotik. Ini bermakna walaupun antibiotik diambil, ia mungkin gagal untuk menyembuhkan jangkitan jika terdapat bakteria resistan. Bakteria menjadi resistan kerana antibiotik-antibiotik telah digunakan terlalu kerap dan dengan tidak betul.

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa pakar-pakar perubatan dalam komuniti (di pejabat-pejabat dan klinik-klinik doktor) boleh turut dipersalahkan untuk bakteria resistan. Kajian telah menunjukkan bahawa pakar-pakar perubatan tidak tepat dalam mempreskripsikan antibiotik untuk jangkitan yang disebabkan oleh virus (seperti selesema biasa). Mereka juga mempreskripsi antibiotik yang boleh membunuh pelbagai jenis bakteria apabila antibiotik yang membunuh bakteria tertentu sepatutnya dipreskripsi. Pakar-pakar perubatan juga mempreskripsikan dos yang salah untuk tempoh yang tidak betul. Preskripsi yang tidak sesuai boleh disebabkan oleh banyak faktor termasuk pesakit yang mendesak untuk antibiotik, pakar-pakar perubatan yang tidak mempunyai masa yang cukup untuk menjelaskan sebab antibiotik tidak diperlukan dan oleh itu dengan mudah mempreskripsinya untuk menjimatkan masa, pakar-pakar perubatan yang tidak tahu bila untuk mempreskripsi antibiotik atau bagaimana untuk mengenal pasti jangkitan bakteria yang serius, atau pakar perubatan yang terlalu berhati-hati.

Kaedah-kaedah telah dikaji untuk menambahbaik cara pakar-pakar perubatan mempreskripsi antibiotik di dalam komuniti. Dalam ulasan ini, 39 kajian telah dianalisis untuk menentukan apakah yang berkesan. Penggunaan bahan bercetak untuk mendidik pakar-pakar perubatan tentang mempreskripsi atau untuk memberi mereka maklum balas mengenai cara mereka mempreskripsi tidak meningkatkan cara preskripsi mereka atau hanya menambahbaik jumlah yang kecil sahaja. Mesyuarat untuk mendidik pakar-pakar perubatan telah menambahbaik cara preskripsi mereka tetapi syarahan tidak. Adalah tidak jelas sama ada lawatan peribadi ke pakar perubatan oleh pendidik berkesan atau tidak, atau sama ada peringatan kepada pakar perubatan berkesan atau tidak. Penggunaan preskripsi yang tertangguh telah mengurangkan penggunaan antibiotik tanpa meningkatkan risiko penyakit yang serius. Preskripsi yang tertangguh bermakna doktor memberi preskripsi antibiotik kepada pesakit beberapa hari selepas lawatan doktor; Adalah dianggap jangkitan akan lenyap sendiri jika tidak serius dan pesakit tidak memerlukan antibiotik. Kajian-kajian juga mendapati bahawa penggunaan beberapa kaedah pada masa yang sama, seperti yang disebut atas, lebih berkesan daripada menggunakan satu kaedah sahaja.

Oleh kerana terdapat banyak sebab mengapa pakar perubatan dalam komuniti tidak mempreskripsikan antibiotik dengan betul, satu kaedah tidak boleh disyorkan. Tetapi menggunakan banyak kaedah untuk menukar cara preskripsi mungkin akan berjaya.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka Manipal). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi peiyee95@hotmail.com.

Tools
Information