Selenium adalah mineral surih, dan kekurangan selenium dianggap boleh memain peranan dalam perkembangan asma. Beberapa kajian mencadangkan bahawa penambahan selenium untuk penghidap asma kronik boleh membantu menambahbaik gejala-gejala. Ulasan ini mendapati beberapa bukti dari hanya satu kajian kecil bahawa penambahan selenium mungkin membantu mengurangkan gejala asma kronik, tetapi lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk kepastian.
Nota terjemahan:
Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.