Dopamin dos rendah bagi wanita yang menghidap pre-klampsia teruk

Tiada data tentang penggunaan dopamin dos rendah dalam kalangan wanita pengidap pre-eklampsia yang mempunyai pengeluaran urin rendah.

Pre-eklampsia adalah satu keadaan semasa hamil yang melibatkan tekanan darah tinggi dan kehadiran protein dalam urin. Kebanyakan wanita dengan pre-eklampsia dapat melahirkan bayi tanpa masalah. Namun, pre-eklampsia yang teruk boleh menyebabkan masalah major berkaitan fungsi hati, buah pinggang dan pembekuan darah. Sesetengah wanita mempunyai pengeluaran urin yang rendah, yang boleh menyebabkan komplikasi selanjutnya.Ubat yang boleh meningkatkan pengeluaran urin dapat membantu masalah ini. Dopamin dos rendah telah dicadangkan sebagai satu ubatan, tetapi ulasan tidak mendapati sebarang kajian tentang dopamin dos rendah untuk wanita hamil yang menghidap pre-eklampsia teruk dengan komplikasi pengeluaran urin rendah. Adalah dicadangkan ubat ini diuji dalam kalangan wanita dengan pengeluaran urin rendah yang tidak hamil sebelum dipertimbangkan untuk kajian wanita hamil kerana adanya potensi kesan buruk yang serius jika terlebih dos.

Diterjemah oleh Muhammad Faiz Mohd Adenan (University of New South Wales). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.: 

Diterjemah oleh Noorliza Mastura Ismail, Kolej Perubatan Melaka-Manipal.

Tools
Information