Terdapat bukti tahap tinggi yang menyokong keselamatan dan keberkesanan toksin botulinum A (BoNT-A) sebagai adjung dalam rawatan tangan kanak-kanak dengan palsy cerebral.

Apabila disuntik ke dalam otot BoNT-A mengurangkan kekejangan otot. Apabila digunakan bersama-sama dengan terapi pekerjaan, suntikan BoNT-A pada lengan dan tangan bertujuan untuk memperbaiki pergerakan dan fungsi kaki tangan yang dirawat. Ulasan ini menunjukkan peningkatan dalam pelbagai ukuran dengan rawatan gabungan. Tanpa kesan sampingan yang ketara, suntikan BoNT-A telah dikenalpasti sebagai rawatan yang selamat dan berkesan untuk spastik anggota tangan apabila digunakan secara gabungan dengan terapi pekerjaan di kanak-kanak dengan palsi cerebral.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Ernie Yap. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information
Share/Save