Adakah serat diet menghalang penyakit kolorektal adenoma berulang dan kolorektal karsinoma?

Kami bertanya

Adakah suplemen pemakanan serat diet menghalang pengulangan polip dan kanser dalam usus peserta yang mempunyai sejarah pengeluaran polip untuk mencapai bebas polip pada permulaan intervensi.

Latar belakang

Kanser kolorektal (usus) adalah biasa di seluruh dunia tetapi berleluasa terutamanya di negara perindustrian. Genetik, diet dan gaya hidup adalah kelihatan penting dalam perkembangan kanser usus. Beberapa komuniti yang mempunyai kadar kanser usus yang rendah mengamalkan diet yang kaya dengan serat. Oleh itu, peningkatan tahap serat dalam diet di negara perindustrian boleh membantu mengurangkan kadar kanser usus.

Tarikh Carian

Bukti adalah terkini sehingga 4 April 2016.

Ciri-ciri kajian

Tujuh kajian memenuhi kriteria kemasukan. Walau bagaimanapun, hanya lima kajian dengan 4798 peserta yang menyediakan data untuk ulasan ini. Purata umur peserta adalah berkisar dari 56 hingga 66 tahun. Kesemua peserta mempunyai sejarah adenoma dan telah sekurang-kurangnya melakukan satu prosedur untuk membuangnya untuk mencapai usus yang bebas polip ketika permulaan intervensi. Intervensi dalam kajian yang terlibat termasuklah serat gandum, ispaghula hampa beras, atau intervensi pemakanan yang menyeluruh dengan sumber makanan serat tinggi yang digunakan secara bersendirian atau dalam gabungan. Ini dibandingkan dengan serat rendah (2 hingga 3 gram sehari), plasebo, atau diet yang biasa.

Keputusan utama

Ulasan ini menemui bahawa peningkatan serat dalam diet pemakanan Barat selama dua hingga lapan tahun tidak mengurangkan risiko kanser usus. Sebaliknya, selepas empat tahun, peserta yang menerima serat diet mempunyai kadar kanser usus yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan, dengan peningkatan risiko mutlak sebanyak satu peratus.

Kualiti bukti

Kualiti bukti adalah rendah. Risiko bias yang bagi kajian yang dimasukkan, saiz sampel yang kecil, sebilangan besar data yang hilang dan penggunaan sukatan secara tidak langsung telah menyebabkan kurangnya keyakinan terhadap penemuan ulasan ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Siti Hajar Zuber (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi hajarzuber.07@seriputeri.edu.my

Tools
Information
Share/Save