Mengeluarkan limpa dari orang dengan penyakit sel sabit selepas pensekuesteran splenik berbanding transfusi darah untuk mencegah serangan lanjut

Soalan ulasan

Kami mengulas bukti untuk melihat sama ada mengeluarkan semua, sebahagian daripada limpa untuk mencegah pensekuesteran splenik akut memperbaiki survival dan mengurangkan penyakit dalam kalangan orang dengan penyakit sel sabit, berbanding dengan transfusi darah biasa. Ini adalah kemas kini 2017 bagi Ulasan Cochrane yang pertama kali diterbitkan pada 2002, dan terbaru dikemas kini, pada 2015.

Latar belakang

Dalam sesetengah orang dengan penyakit sel sabit, sel darah merah terperangkap dan dimusnahkan di limpa. Ini merosakkan limpa, yang mungkin menjadi besar membawa kepada krisis pensekuesteran splenik. Krisis ini terdiri daripada sakit perut, denyutan jantung yang cepat dan gejala-gejala lain. Serangan sedemikian boleh membawa maut tanpa rawatan segera. Semua atau sebahagian daripada limpa (splenektomi) sering dikeluarkan selepas seseorang terselamat dari krisis sedemikian untuk mencegah serangan lain. Pembedahan ini boleh menyebabkan individu berisiko lebih tinggi untuk jangkitan. Kami mencari kajian-kajian yang membandingkan pembedahan dengan transfusi darah.

Tarikh carian

Bukti adalah terkini sehingga: 14 Ogos 2017.

Keputusan utama

Kami tidak mendapati kajian untuk memberi bukti yang boleh dipercayai tentang risiko atau manfaat splenektomi bagi orang dengan penyakit sel sabit selepas pensekuesteran splenik. Terdapat keperluan kajian untuk menilai manfaat dan risiko splenektomi berbanding program transfusi.

Tiada kajian yang dimasukkan dalam ulasan ini dan kami belum mengenal pasti sebarang kajian yang relevan sehingga Ogos 2017. Kami akan terus menjalankan carian untuk mengenal pasti kajian berpotensi yang relevan; walau bagaimanapun, kami tidak merancang untuk mengemas kini bahagian lain ulasan sehingga kajian baru diterbitkan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save