Monoterapi insulin berbanding dengan kombinasi insulin bersama agen hipoglisemia oral pada pesakit dengan diabetes mellitus jenis 2

Penggunaan satu suntikan insulin harian yang ringkas sebagai tambahan kepada agen hipoglisemia oral dapat memudahkan permulaan insulin terapi dalam diabetes mellitus jenis 2. Ulasan ini memeriksa 20 kajian dengan 1,811 peserta yang membandingkan monoterapi insulin dengan insulin dalam kombinasi bersama agen hipoglisemia oral (OHA) dalam kalangan pesakit diabetes jenis 2 yang memerlukan insulin. Hasilnya menunjukkan bahawa rejimen terapi kombinasi gabungan insulin NPH - agen hipoglisemia oral (OHA) sebelum waktu tidur memberikan kawalan glisemia sebanding dengan monoterapi insulin. Oleh kerana kekurangan kajian, masih tidak jelas sama ada regimen kombinasi insulin-OHA dengan metformin sahaja lebih baik daripada metformin ditambah dengan sulfonilurea. Dalam kebanyakan kes, tiada perbezaan yang ketara dalam kejadian hipoglisemia yang diperhatikan di antara monoterapi insulin serta terapi gabungan insulin-OHA. Tiada kajian yang menilai morbiditi atau kematian yang berkaitan dengan diabetes.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (International Medical University). Disunting oleh Ahmad Filza Ismail (afilza@usm.my). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi peiyee95@hotmail.com.

Tools
Information