Dos tinggi awal quinine untuk merawat malaria yang teruk

Pesakit malaria yang teruk adalah tidak sedar, mengalami kesukaran bernafas, mungkin mengalami sawan, dan mempunyai gula darah rendah. Mereka perlu dirawat dengan segera.

Quinine yang diberikan secara intravena atau intramuskular telah digunakan selama beberapa tahun untuk merawat malaria yang teruk. Ia amat berguna kerana ia berfungsi menentang parasit yang tahan terhadap chloroquine, yang biasa digunakan dan sebagai ubat yang berkesan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengesyorkan bahawa doktor yang memberikan orang dengan malaria yang teruk dos tinggi awal (dos pengambilan) quinine intravena diikuti dengan dos penyelengaraan quinine yang lebih rendah. Ini adalah untuk mendapatkan kepekatan ubat yang berkesan dalam darah. Beberapa dos pengambilan quinine yang berbeza, dos tetap, dan selang dos telah diperiksa. Terdapat beberapa kebimbangan berkenaan kesan buruk terhadap kanak-kanak.

Penulis ulasan ini mahu meringkaskan manfaat dan kemudaratan rejimen dos quinine yang berbeza. Mereka mengenal pasti empat kajian yang berkaitan dengan 144 peserta. Dos awal tinggi quinine mengurangkan masa pelepasan demam dan masa pelepasan parasit, tetapi terdapat terlalu sedikit data untuk menerangkan impak kematian. Tiada perbezaan yang dijumpai berkenaan pemulihan kesedaran dan gejala neurologi lain, tetapi mungkin terdapat sangat sedikit peserta yang dapat mengesan perbezaan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com

Tools
Information
Share/Save