Ubat-ubatan antimikrobial untuk merawat pertumbuhan Staphylococcus aureus tahan methicillin

Staphylococcus aureus adalah bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan yang serius. S. aureus tahan methicillin (MRSA) merujuk kepada strain S. aureus yang tahan banyak antibiotik yang termasuk penicillin. Kakitangan kawalan jangkitan Hospital mahu menghadkan penyebaran MRSA kerana beberapa sebab dan salah satu cara untuk berbuat demikian adalah dengan menggunakan ubat-ubatan antimikrobial secara topikal atau lisan dalam usaha untuk membasmi MRSA daripada individu-individu yang dijangkiti. Walau bagaimanapun, tidak terdapat bukti mencukupi untuk menyokong penggunaan terapi antimikrobial secara topikal atau lisan untuk membasmi MRSA pada hidung atau extra-nasal. Tidak ada satu jenis rawatan secara topikal atau lisan atau dengan kombinasi kedua-duanya menunjukkan kesan yang yang lebih bagus. Peristiwa yang berpotensi serius dan kejadian rintangan antimikrob boleh disebabkan oleh terapi.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information
Share/Save