Rawatan dedalu dalam kalangan pesakit kanser

Persediaan dedalu Eropah (Viscum album L.) adalah di antara ubat yang paling banyak dipreskrib dalam kalangan pesakit kanser di beberapa negara Eropah. Para penyokongnya mendakwa ekstrak dedalu merangsang sistem imun, memperbaik survival, mempertingkatkan kualiti hidup dan mengurangkan kesan buruk kemoterapi dan radioterapi dalam kalangan pesakit kanser. Ulasan mendapati tiada cukup bukti untuk mencapai kesimpulan yang jelas tentang kesan terhadap sebarang hasil, oleh itu tidak jelas sejauh mana aplikasi ekstrak dedalu diterjemah menjadi kawalan simptom yang lebih baik, peningkatan respon tumor atau memanjangkan survival. Kesan buruk ekstrak dedalu dilaporkan, tetapi dilihat bergantung kepada dos dan terutamanya terbatas kepada reaksi di tempat suntikan dan simptom ringan seperti selsema transien. Tanpa kajian berkualiti baik dan bebas, keputusan sama ada ekstrak dedalu mungkin bermanfaat untuk masalah tertentu harus bergantung kepada pertimbangan pakar dan pertimbangan yang praktikal.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Gurmeet Albail Singh. Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal) Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information
Share/Save