Erythropoietin membantu orang dengan kegagalan buah pinggang dan gejala dari anemia yang belum lagi menjalani rawatan dialisis

Anemia (sel darah merah rendah) adalah satu komplikasi biasa bagi kegagalan buah pinggang. Anemia menyebabkan keletihan dan masalah yang berkaitan dengan kegagalan buah pinggang. Erythropoietin buatan(satu hormon yang meningkatkan pengeluaran sel darah merah) menambahbaik ini, dan digunakan oleh orang yang mendapat rawatan dialisis (rawatan dari sebuah mesin buah pinggang tiruan). Ulasan ini mendapati ia juga boleh mengurangkan anemia bagi penghidap kegagalan buah pinggang yang belum lagi mengalami dialisis. Adalah tidak diketahui samada penggunaan erythropoietin boleh melambatkan keperluan untuk dialisis.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save