Rawatan pulpa untuk kerosakan teruk gigi susu

Soalan ulasan

Berapa berkesankah pelbagai pilihan rawatan kerosakan ekstensif gigi primer (susu) kanak-kanak untuk mengurangkan simptom-simptom (lazimnya sakit, bengkak, pergerakan abnormal) dan tanda-tanda gigi (seperti yang tertera pada sinar-x)?

Latar belakang

Kerosakan gigi adalah antara penyakit-penyakit lazim dalam kalangan kanak-kanak. Kerosakan gigi susu boleh merebak dengan cepat, kerapkali sampai ke pulpa - saraf, salur darah kecil dan tisu konektif yang membentuk bahagian tengah gigi. Doktor gigi perlu membuat salah satu daripada tiga teknik rawatan pulpa: pelapikan pulpa langsung (di mana ubatan diletak terus ke atas pulpa yang terdedah), pulpotomi (pembuangan sebahagian pulpa) atau pulpektomi (pembuangan semua pulpa dalam ruang pulpa dan kanal akar gigi).

Bahan lazim yang digunakan untuk pelapikan pulpa langsung adalah kalsium hidroksida, bahan baru yang terkini dan lebih mahal adalah agregat trioksida mineral, formokresol atau resin adhesif (diletak terus ke atas saraf gigi).

Selepas pulpektomi, satu daripada empat bahan yang digunakan secara umum adalah ferum sulfat, formokresol, kalsium hidroksida atau agregat trioksida mineral.

Selepas pulpektomi, satu bahan diletakkan ke dalam ruang yang terbentuk oleh pembuangan pulpa. Bahan ini tidak menghalang resorption akar gigi susu, untuk membolehkan gigi kekal tumbuh.

Ciri-ciri kajian

Para penulis ulasan yang bekerja dengan Kesihatan Oral Cochrane menjalankan ulasan kajian-kajian rawak terkawal. Bukti adalah terkini sehingga Ogos 2017.

Kami memasukkan 87 kajian yang menyiasat kejayaan rawatan pulpa gigi susu. Kajian-kajian diterbitkan di antara 1989 dan 2017 dan menyediakan 125 perbandingan pelbagai pilihan rawatan.

Keputusan-keputusan Utama

Rawatan pulpa untuk kerosakan ekstensif gigi susu umumnya berjaya. Perkadaran kegagalan rawatan adalah rendah, kebanyakan kajian-kajian tidak gagal dengan rawatan yang dibandingkan.

Selepas pulpotomi, trioksid mineral agregat (MTA) dilihat sebagai bahan terbaik (dari segi bio-keserasian dan keberkesanan) untuk diletakkan kepada baki saraf akar gigi. Bukti-bukti menunjukkan ia kurang berkemungkinan untuk gagal berbanding kalsium hidroksida atau formokresol.

Selepas pulpectomi, adalah tidak jelas sama ada sebarang ubat lain lebih unggul berbanding yang lain. Pes ZOE mungkin memberi hasil yang lebih baik daripada pes Vitapex (kalsium hidroksida/iodoform), tetapi lebih banyak kajian diperlukan untuk mengesahkannya dan meneroka pilihan rawatan lain.

Berkenaan penutupan pulpa langsung, bilangan kecil kajian yang melaksanakan perbandingan yang sama menghadkan sebarang pentafsiran. Formokresol mungkin lebih unggul berbanding kalsium hidroksida dari segi klinikal dan kegagalan radiologi, tetapi kesan toksik yang dikaitkan dengan formokresol memerlukan penilaian alternatif yang lebih selamat.

Kualiti bukti

Kami menilai kualiti bukti-bukti yang mencadangkan keunggulan MTA berbanding kalsium hidroksida atau formokresol selepas pulpotomi sebagai sederhana. Untuk perbandingan lain, kualiti bukti adalah rendah atau sangat rendah, yang bermakna kami tidak pasti tentang dapatan-dapatan kajian. Kualiti bukti adalah rendah kerana kelemahan kaedah yang diguna dalam setiap kajian, bilangan kanak-kanak yang kecil dalam kajian dan tempoh rawatan susulan yang singkat.

Kajian masa hadapan untuk menilai agen-agen penyembuhan yang terbaik untuk ketiga-tiga rawatan pulpa memerlukan sampel yang jauh lebih besar dan susulan peserta sekurang-kurangnya satu tahun.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia).Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information