Langkau ke kandungan utama

Masih menunggu bukti keberkesanan perubatan herba untuk virus hepatitis C

Hepatitis C adalah penyakit berjangkit pada hati yang disebabkan oleh virus hepatitis C. Sekitar 170 juta orang di seluruh dunia dijangkiti virus ini secara kronik. Jangkitan ini dikaitkan dengan sekuela yang teruk seperti sirosis hati, kanser hati, atau kegagalan hati. Ubat herba telah digunakan untuk merawat hepatitis C. Ulasan sistematik ini menilai kesan perubatan herba untuk merawat jangkitan hepatitis C akut dan kronik.

Sepuluh ubat herba yang berbeza diuji dalam sepuluh kajian rawak dalam kalangan pesakit hepatitis C kronik. Ulasan sistematik ini tidak menemui kesan antiviral ketara ubat-ubatan herba berbanding plasebo, tetapi data mencadangkan sesetengah ubat-ubatan herba bersama interferon mungkin mempunyai kesan pembersihan HCV RNA dan penormalan enzim hati. Walau bagaimanapun, tiada bukti kukuh untuk keberkesanan perubatan herba ini bagi hepatitis C kronik kerana kebanyakan kesan positif terhasil dari kajian klinikal berkualiti metodologi rendah. Perubatan herba untuk jangkitan virus hepatitis C tidak patut diguna di luar kajian rawak klinikal yang direka bentuk dengan baik.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.

Petikan
Liu JP, Manheimer E, Tsutani K, Gluud C. Medicinal herbs for hepatitis C virus infection. Cochrane Database of Systematic Reviews 2001, Issue 4. Art. No.: CD003183. DOI: 10.1002/14651858.CD003183.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan