Infusi berterusan diuretik kawasan lengkung adalah lebih selamat dan lebih berkesan daripada pemberian berselang seli bagi orang dengan kegagalan jantung kongestif

Kegagalan jantung kongestif (CHF) adalah kurang keupayaan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan. Tubuh cuba untuk mengimbangnya dengan menyimpan air untuk menambah isipadu darah, tetapi ini melemahkan lagi jantung. Ubat diuretik mengurangkan air di dalam badan. Diuretik kawasan lengkung berfungsi di bahagian dalam tiub kecil buah pinggang. Ianya biasanya digunakan dalam dos yang berulang secara intravena untuk CHF, tetapi ini boleh menyebabkan anjakan cecair pantas dan kesan buruk. Semakan kajian mendapati bahawa infusi berterusan diuretik kawasan lengkung bagi penghidap CHF adalah lebih berkesan dan mempunyai kurang kesan buruk berbanding dos berselang-seli.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my

Tools
Information