Pengambilan omega-3 untuk penyakit kardiovaskular

Soalan ulasan

Kami mengulas percubaan terawak (dimana peserta mempunyai peluang yang sama rata untuk menerima salah satu rawatan yang diberikan) yang mengkaji kesan peningkatan lemak omega-3 berasaskan ikan dan tumbuhan kepada jantung dan penyakit penyaluran darah (juga dikenali sebagai penyakit kardiovaskular termasuklah serangan jantung dan strok), kegemukan dan lemak dalam darah (lipid, termasuklah kolesterol, triglicerides, lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL - kolesterol baik) dan lipoprotein ketumpatan rendah (LDL - kolesterol yang tidak baik)

Latar Belakang

Jenis lemak omega-3 utama adalah asid eicosapentaenoic (EPA) dan asid docosahexaenoic (DHA), kedua-duanya terdapat didalam ikan dan asid alpha-linolenic (ALA), sejenis lemak yang dijumpai dalam makanan berasaskan tumbuhan. Ramai orang percaya bahawa mengambil omega-3 tambahan mengurangkan risiko penyakit jantung, strok dan kematian.

Ciri-ciri kajian

Bukti adalah terkini sehingga Februari 2019. Ulasan ini memasukkan 86 kajian yang melibatkan 162,796 orang. Kajian-kajian ini menilai kesan pengambilan omega-3 tambahan berbanding pengambilan yang kurang omega-3 untuk penyakit jantung dan penyakit penyaluran darah. Dua puluh lapan kajian yang sangat boleh dipercayai (reka bentuk kajian yang baik supaya tidak memberi keputusan yang berat sebelah). Peserta terdiri daripada golongan dewasa, sebahagian daripadanya dengan penyakit dan sebahagian daripadanya sihat, yang tinggal di Amerika Utara, Eropah, Australia dan Asia. Kebanyakan kajian EPA dan DHA menyediakan kapsul, hanya sebahagian sahaja yang memberi ikan yang berminyak.

Keputusan utama

Meningkatkan EPA dan DHA mempunyai sedikit atau tiada kesan ke atas kematian dan peristiwa kardiovaskular (bukti tinggi-kepastian) dan mungkin membuat sedikit atau tiada perbezaan kepada kematian kardiovaskular, strok, atau penyelewengan jantung (bukti sederhana-kepastian). Walau bagaimanapun, peningkatan EPA dan DHA mungkin mengurangkan sedikit risiko kematian koronari dan peristiwa koronari (bukti yang kurang kepastian, peristiwa koronari adalah penyakit arteri yang membekalkan jantung). Untuk mengelakkan seorang yang mempunyai peristiwa koronari, perlu 167 orang untuk meningkatkan EPA dan DHA mereka, dan 334 orang perlu untuk meningkatkan EPA mereka dan DHA untuk menghalang seorang mati dari penyakit koronari. EPA dan DHA mengurangkan triglycerides dengan kira-kira 15% tetapi tidak menjejaskan kematian atau lipid lain (bukti kepastian tinggi).

Pengambilan lebih ALA (sebagai contoh, dengan meningkatkan kacang walnut atau marjerin yang diperkaya dalam makanan) kemungkinan menyebabkan sedikit atau tiada perbezaan kepada kematian semua sebab, kematian kardiovaskular atau koronari atau peristiwa koronari tetapi kemungkinan dapat mengurangkan penyakit kardiovaskular, kematian koronari dan penyakit degupan jantung (kualiti bukti sederhana atau kepastian rendah). Untuk mengelakkan seseorang mempunyai peristiwa koronari, perlu 500 orang untuk meningkatkan ALA mereka, 91 orang untuk menghalang seorang yang mempunyai arrhythmia.

Terdapat hanya sedikit bukti terhadap kesan pemakanan ikan. EPA dan DHA mengurangkan triglycerides. EPA, DHA dan ALA berkemungkinan untuk memberi sedikit perlindungan bagi sebahagian penyakit jantung dan penyakit penyaluran darah.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Ng Chia Shyn (International Medical University). Dikemaskini oleh Nur Farahim Daud (RCSI & UCD Malaysia Campus, dahulunya Penang Medical College). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia) Dikemaskini oleh Tan May Loong (RCSI & UCD Malaysia Campus, dahulunya Penang Medical College)

Tools
Information
Share/Save