Aromaterapi untuk membantu relaksasi dan tidur, melegakan kesakitan, dan mengurangkan simtom kemurungan pengidap demensia

Aromaterapi ialah penggunaan minyak pati tulen daripada tumbuh-tumbuhan yang harum (seperti pudina, ‘sweet marjoram’ dan mawar) untuk membantu melegakan masalah kesihatan dan menambahbaik kualiti kehidupan secara umum. Ciri perawatan aromaterapi ini merangkumi membantu relaksasi dan tidur, melegaan kesakitan, dan pengurangan simtom kemurungan. Ciri ciri ini menyebabkan aromaterapi digunakan untuk mengurangkan gangguan kelakuan, membantu tidur yang nyenyak dan untuk merangsang motivasi kelakuan pengidap demensia. Daripada tujuh percubaan rawak terkawal yang kami jumpai, hanya dua percubaan yang melibatkan 186 orang mempunyai data yang boleh digunakan. Analisa ke atas dua kajian kecil ini menunjukkan kesan aromaterapi yang tidak konsisten ke atas ukuran agitasi , simtom tingkah laku dan kualiti kehidupan. Lebih banyak percubaan rawak terkawal yang berskala besar diperlukan sebelum kesimpulan yang kukuh boleh dicapai tentang keberkesanan aromaterapi untuk demensia.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan sila hubungi salwah@usm.my

Tools
Information
Share/Save