Tiada bukti yang meyakinkan bahawa Ginkgo biloba adalah berkesan untuk demensia dan kemerosotan kognitif

Ginkgo dilihat selamat digunakan dengan tiada kesan negatif yang berlebihan berbanding dengan plasebo. Kebanyakan kajian-kajian awal menggunakan kaedah yang tidak memuaskan, secara kecil-kecilan, dan bias penerbitan tidak dapat dikecualikan. Secara keseluruhan, bukti Ginkgo mempunyai manfaat yang boleh diramal dan signifikan secra klinikal untuk orang dengan demensia atau gangguan kognitif adalah tidak konsisten dan tidak boleh dipercayai. Daripada laporan keputusan empat kajian terbaru, tiga kajian mendapati tiada perbezaan Ginkgo biloba dengan plasebo, dan satu lagi melaporkan kesan rawatan yang sangat besar memihak kepada Ginkgo biloba.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Untuk sebarang pertanyaan, berkaitan terjemahan ini sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my. Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail, Kolej Perubatan Melaka-Manipal.

Tools
Information