Tiada bukti untuk menyokong atau menyangkal glukokortikosteroid untuk hepatitis C virus

Jangkitan akut dengan hepatitis C virus yang paling umum tidak menunjukkan gejala, tetapi sering menyebabkan jangkitan kronik. Hepatitis C kronik dalam kebanyakan kes adalah tidak berbahaya, tetapi boleh berkembang menjadi penyakit yang teruk dan kematian yang berkaitan dengan hati. Ulasan ini tidak menemui kesan glukokortikosteroid yang ketara pada hepatitis kronik, tetapi jumlah data adalah sedikit. Oleh itu, tiada bukti yang mencukupi untuk mengesahkan atau mengecualikan kesan glukokortikosteroid yang bermanfaat dan berbahaya untuk hepatitis C. Tambahan pula, bukti yang tidak jelas sama ada rawatan glukokortikosteroid dapat diberikan dengan selamat untuk penyakit lain pada pesakit yang bersamaan dengan hepatitis C. Penulis tidak menjumpai kajian klinikal rawak pada glukokortikosteroid untuk hepatitis C akut.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com

Tools
Information
Share/Save