Kortikosteroid untuk rawatan asma akut di kalangan kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital

Serangan asma akut di kalangan kanak-kanak sering menyebabkannyadibawa ke hospital. Ubat steroid yang diberikan di jabatan kecemasan dapat memulihkan keadaan kanak-kanak dan membenarkannya pulang ke rumah selepas perhatian selama beberapa jam. Namun demikian, sesetengah kanak-kanak memerlukan rawatan berterusan di hospital. Ulasan ini mempersoalkan keupayaan ubat steroid dalam membantu kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital kerana serangan asma. Kami mendapati bahawa pengambilan ubat steroid secara oral atau melalui tiub intravena dapat membantu dalam memulihkan serangan asma akutdi kalangan kanak-kanak. Antara manfaatnya termasuk pesakit dibenarkan keluar dari hospital dengan lebih awal atau menyingkatkan tempoh kemasukkan ke hospital. Kemungkinan kanak-kanak pulang ke hospital akan berkurangan dalam tempoh satu hingga tiga bulan selepas kemasukan ke hospital. Walau bagaimanapun, bukti tersebut tidak kukuh disebabkan oleh jumlah kajian yang terhad dan penggunaan ubat-ubatan yang berbeza. Penyelidikan lanjutan perlu menumpukan perhatian kepada penggunaan dan kaedah pemberian ubat-ubatan yang terbaik.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Kyralynn Taylor (Penang Medical College). Disunting oleh MW Chan (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini, sila hubungi kyralynn@ms.pmc.edu.my atau chanmw@pmc.edu.my

Tools
Information
Share/Save