Penyekat beta oral untuk hipertensi ringan hingga sederhana semasa hamil

Wanita hamil dengan hipertensi ringan hingga sederhana yang mengambil penyekat beta telah dapat mengurangkan tekanan darah, tetapi ubat-ubatan ini mungkin ada kesan buruk pada bayi.

Tekanan darah tinggi (hipertensi) semasa hamil boleh merosakkan dinding salur darah dan mengakibatkan komplikasi yang serius, kenaikan kecil tekanan darah mungkin menyebabkan sedikit mudarat. Tahap tekanan darah di mana rawatan harus dimulakan semasa hamil tidak diketahui. Ubat penyekat beta menyebabkan jantung berdenyut lebih perlahan dan kurang kuat, mengurangkan tekanan pada salur darah. Ulasan kajian-kajian mendapati wanita hamil dengan hipertensi ringan hingga sederhana yang mengambil penyekat beta mempunyai tekanan darah yang lebih rendah, tetapi bayi mungkin membesar lebih perlahan daripada yang diharapkan. Tiada bukti yang cukup mengenai kesan lain. Penyelidikan lanjut diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.

Tools
Information