Rawatan antioksidan untuk sklerosis lateral amiotrofik

Tiada ubat untuk sklerosis lateral amiotrofik, juga dikenali sebagai penyakit saraf motor, yang merupakan penyakit yang melumpuhkan dan akhirnya membawa maut. Antioksidan, termasuk vitamin C, E, selegiline, selenium, methionineacetylcysteine, dan koenzim Q10, telah dicadangkan sebagai rawatan yang mungkin dan beberapa daripada ini biasanya dinasihatkan oleh pakar perubatan yang merawat orang dengan sklerosis lateral amiotrofik. Dalam ulasan terkini ini, kami mengenal pasti 10 kajian yang melibatkan seramai 1015 peserta. Kami tidak menemui bukti kajian rawak terkawal yang direka dengan baik untuk menyokong penggunaan ubat-ubatan ini. Kajian antioksidan yang dikenalpasti dalam ulasan ini pada amnya mempunyai kualiti metodologi yang lemah dan kekurangan kuasa statistik. Namun demikian, antioksidan secara umumnya diterima dengan baik tanpa kesan buruk yang serius.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Teh Keng Hwang (Kolej Universiti Insaniah). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com

Tools
Information