Kombinasi fluorida topikal (ubat gigi, ubat kumur, gel, varnis) berbanding fluorida topikal sekali untuk mencegah karies gigi dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

Penambahan bentuk-bentuk fluorida topikal dapat mengurangkan kerosakan gigi dalam kalangan kanak-kanak dan remaja lebih daripada ubat gigi sahaja, tetapi manfaat tambahannya adalah tidak besar. Kerosakan gigi (karies gigi) adalah menyakitkan, mahal untuk dirawat dan dapat memusnahkan gigi dengan serius. Fluorida adalah satu mineral yang mencegah kerosakan gigi. Fluorida telah ditambah ke dalam bekalan air di banyak kawasan. Ia juga dapat diaplikasikan dalam bentuk ubat gigi, ubat kumur, gel dan varnis. Sorotan kajian mendapati kanak-kanak dan remaja yang menggunakan fluorida topikal sebagai tambahan kepada ubat gigi berfluorida akan menambah pengurangan kerosakan gigi berbanding kanak-kanak yang hanya menggunakan ubat gigi berfluorida. Bagaimanapun, manfaat tambahan ini tidak besar, dan kajian-kajian tidak memberikan data berkenaan kesan sampingan.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Basaruddin Ahmad (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi basaruddin@usm.my. Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan suntingan ini, sila hubungi hayatikk@usm.my

Tools
Information
Share/Save