Penggunaan awal ubat semburan kortikosteroid di jabatan kecemasan sebagai rawatan untuk asma akut

Asma ialah salah satu penyakit kronik yang paling biasa di dalam dunia. Ia dijangka bahawa 300 juta orang daripada pelbagai umur dan pelbagai latar etnik mengalami asma dimana 1 daripada setiap 250 kematian di seluruh dunia adalah disebabkan oleh asma. Dalam serangan asma, saluran pernafasan (saluran ke paru-paru) menjadi sempit disebabkan kekejangan otot dan bengkak (keradangan). Ubat kortikosteroid boleh digunakan untuk mengurangkan bengkak. Kortikosteroid boleh disedut, atau diambil secara systematik melalui mulut (oral) ataupun melalui titisan ke dalam vena (intravena).

Rawatan standard untuk serangan asma adalah menggunakan beta 2-agonis (untuk membuka saluran udara) dan kortikosteroid sistemik (untuk mengurangkan keradangan). Tujuan ulasan ini adalah untuk menentukan sama ada pengunaan agen semburan kortikosteroid (ICS) memberi manfaat dalam setting rawatan jabatan kecemasan. Sebanyak 90 kajian telah dikenalpasti untuk ulasan ini; 20 dianggap relevan dan dipilih untuk dikaji (13 pediatrik, 7 orang dewasa), dengan jumlah 1403 pesakit.

Ulasan ini mendapati bahawa ubat semburan kortikosteroid yang digunakan secara bersendirian atau dengan kortikosteroid sistemik dapat membantu melegakan serangan asma, diterima dengan baik dan mempunyai kurang kesan sampingan. Tetapi, ubat dan dos yang paling berkesan adalah tidak jelas. Kajian-kajian yang dirangkumi dalam ulasan ini menggunakan pelbagai ubat-ubatan ICS: beclomethasone (Beclovent/Becloforte/QVAR), budesonide (Pulmicort), dexamethasone sodium phosphate, fluticasone propionate (Flovent or Flixotide), Flunisolide (Aerobid) and triamcinolone (Azmacort). Ulasan ini juga memdapati bahawa ICS yang diberi dalam setting ini dapat mengurangkan kemasukkan hospital. Terdapat pengurangan daripada 32 hingga 17 kemasukan hospital setiap ratus pesakit yang dirawat dengan agen ICS berbanding dengan plasebo. Pada masa ini, terdapat kekurangan bukti untuk menyokong penggunaan ICS sahaja sebagai gantian terapi sistemik kortikosteroid dalam serangan asma akut.

Walau bagaimanapun, terdapat banyak soalan yang tidak dapat dijawab tentang penggunaan ICS untuk rawatan di setting jabatan kecemasan. Penyelidikan seterusnya harus memberi tumpuan kepada dos optimum, kekerapan dos dan peranti penghantaran, pengenalpastian agen ICS yang berkesan, hasil ditentukan dengan jelas (seperti kriteria kemasukan, ujian fungsi paru-paru dan tindakan lanjut selepas keluar dari jabatan kecemasan).

 

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (International Medical University). Disunting oleh Chan Mei Wai (RCSI & UCD Malaysia Campus) Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi peiyee95@hotmail.com atau chanmw@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information
Share/Save