Tekanan mengembang berterusan untuk masalah pernafasan pada bayi pramatang

Soalan kajian: Pada bayi pramatang dengan kegagalan pernafasan yang bernafas secara spontan, adakah tekanan mengembang berterusan (CDP) pada paru-paru mengurangkan keperluan untuk bantuan ventilasi dan komplikasi lain yang berkaitan dengan pramatang?

Latar belakang: Respiratory distress syndrome (RDS) adalah punca penyakit dan kematian yang paling biasa berlaku dalam bayi yang dilahirkan sebelum usia kandungan 34 minggu. Tekanan ventilasi positif intermittent (IPPV) telah menjadi kaedah piawai untuk membantu bayi-bayi ini bernafas. Satu kaedah mudah untuk membantu pernafasan adalah untuk memberi tekanan mengembang berterusan terhadap paru-paru, sama ada sebagai tekanan positif berterusan kepada saluran udara atau tekanan negatif berterusan (separa vakum).

Tarikh Carian: Carian ini dijalankan pada April 2015.

Ciri-ciri Kajian: Enam kajian berkualiti sederhana telah dikenal pasti untuk dimasukkan.

Punca tekanan mengembang adalah tekanan negatif didalam ruang dalam dua kajian, tekanan saluran udara positif berterusan (CPAP) melalui topeng muka dalam dua kajian, CPAP hidung dalam satu kajian dan tekanan negatif untuk penyakit kurang teruk dan endotrakeal CPAP apabila lebih teruk dalam kajian yang lain. Kajian-kajian itu adalah kecil, dan empat daripada enam telah dijalankan sebelum rawatan surfaktan diperolehi.

Keputusan utama: Ulasan kajian-kajian mendapati bahawa hasil untuk bayi telah bertambah baik. Hanya beberapa bayi memerlukan IPPV dan beberapa bayi meninggal dunia, dan dengan gabungan kedua-dua hasil, didapati kurang bayi meninggal dunia atau memerlukan IPPV. Didapati juga bahawa CDP boleh meningkatkan kadar pneumothorax (udara di luar paru-paru dalam kaviti dada).

Kesimpulan: Beberapa faedah yang bermakna diperolehi apabila tekanan mengembang berterusan (CDP) telah digunakan untuk respiratory distress syndrome pada bayi pramatang.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (Penang Medical College). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi fslee@pmc.edu.my.

Tools
Information
Share/Save